Cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya, kesian anak-anak tak jalan kemana pun. kebetulan papa off so papa buat cadangan nak jalan-jalan ke Genting Highland... pada 11 Jun, 2011 kami sekeluarga bertolak ke sana....masing-masing bukan main teruja lagi, maklumlah tak pernah sampai..
MiERa, mE, RiNA n HaZiEQ |
Sampai je kat stesen cable car, belilah tiket untuk ke sana...RM 10.00 pergi dan balik tiap sorang...ingatkan tak ramai orang, rupa-rupanya beratur punyalah panjang....satu jam baru dapat naik cable car...huhuhuuuu penatnya..kalau ku tahu begini bawak kete terus ke atas pun tak apa, tapi memandangkan anak-anak tak pernah naik cable car.. so berbaloi jugaklah.
Gayat jugak naik cable car ni...pening kepala...kalau ikutkan tak nak naik tapi demi anak-anak... akhirnya kami sampai juga ke kemuncak. Banyak perubahan Genting Highland, dan tempat games outdoor n indoor jauh jugak, dari station cable car naik bus utk ke indoor games... jauhnya aku rasa.. letih kaki ni berjalan. Nak masuk outdoor game masa terlalu singkat...rugilah bayar mahal tapi main dapat satu jam jer...jadi kalau nak pergi sana datanglah awal2, maknanya mesti datang selepas subuh lain kali.
Jam 5 petang kami balik ke station cable car takut beratur lama sangat. Kemudian memenuhi permintaan anak-anak....kami teruskan perjalanan balik rumah di Kuala Lumpur. Apapun yang mama dapat hanyalah keletihan demi mudahan mereka akan ingat pengorbanan papa dan mama mereka...yang mahu anak2 mereka celik tentang dunia luar...
Rina, mE, PapA n HaZieQ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan