Isnin, 14 Oktober 2013


Lamanya tak update blog ni... Tahun ni kami sekeluarga beraya di Johor Bahru bersama keluarga hubby aku dan tahun inilah  buat pertama kali kami beraya tanpa ibu mertua.. sunyi rasanya... memang terasa sangat kehilangannya... mudahanarwah  bonda tersayang ditempatkan dikalangan orang beriman... Aamiin...

Bersama hubby tersayang... moga sihat hendaknya... tapi kehidupan perlu diteruskan walaupun kena dialisis sepanjang hayatnya... InsyaAllah mungkin akan ada keajaiban berlaku...

Anak-anakku Amirah, Amirul & Sabrina
Juga kucing  kesayangan kami sekeluarga 'Tiger'

Selasa, 1 Januari 2013

Puding Roti Karamel

Selamat Tahun baru 2013 ... moga kehadiran tahun ini akan lebih bermakna buat semua... sambil tu mehlah kita cuba-cuba buat puding ni senang jer... lagipun roti-roti yang dah nak expired tu janganlah dibuang.. gunakanlah sebaik mungkin,..cer cuba buat, pasti jadi...sedapp.. tak bubuh gula pun cuma letak 1/2 cawan susu pekat jer dalam adunan, jadi taklah manis sangat...


Bahan-bahan:
>> 1 cawan gula (jadikan gula hangus) <<
>> 4 keping roti gardenia <<
>> 3 biji telur A atau 4 biji gd B -pukul <<
>> 2 cawan air suam atau 1 caw susu cair/UHT + 1 caw air suam) <<
>> 1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis letak 1 cawan) <<
>> 1 sudu teh esen vanilla <<

Cara-cara:
1.  Buat gula hangus dahulu - masukkan gula dalam kuali, masak hingga perang, kemudian masukkan sedikit air...kacau sebati, tuang terus kedalam loyang, ketepikan.
2.  Panaskan pengukus.
3.  Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam, susu cair/UHT dan  susu pekat. Masukkan telur yang sudah di campur esen vanilla. Blend dan sebatikan.
4.  Tuang adunan kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak (l/kurang 45 min -1 jam)
5.  Selepas masak biarkan ia sejuk, kemudian baru terbalikkan.

.......Selamat Mencuba......

Butter Cheesecake


Bahan-bahan:
  >>> 250 gm tepung gandum# <<<
 >>> 1 sd kecil serbuk penaik# (# ayak 3 kali ) <<<
  >>> 6 biji telur gd B (putih & kuning asingkan) <<<
  >>> 200 gm mentega ( sy guna SCS) <<<
  >>> 135 gm krim keju ( sy guna tatura) <<<
  >>> 2 sd kecil esen vanilla <<<
 >>> 1 cawan gula kastor <<<
 >>> secubit garam <<<
 >>> keju parut utk taburan (#optional) <<<

Cara-cara :
1.  Panaskan oven suhu 160 C, sapukan loyang kek  (saiz 9 in) dengan mentega dan alaskan dengan kertas    baking didasar dan sekelilingnya, sapukan lagi  dengan mentega dan ketepikan.
2.  Putar menteg dengan keju hingga kembang dan putih, masukan 1/3 cawan gula dan putar lagi hingga     sebati dan gebu.
3.  Masukkan kuning telur satu persatu dan putar pelahan, masukkan esen vanilla. kacau sebati.
4.  Dalam bekas lain putar putih telur bersama garam hingga jadi meringue.
5.  Masukkan baki gula tadi sedikit demi sedikit, hingga kental dan bertanduk.
6.  Ambil sedikit meringue tadi dan satukan  dengan adunan mentega, kacau sebati secara kaup balik dengan     senduk kayu.. Ulangi hingga habis.
7.  Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau secara kaup balik dan tepung hendaklah digaul rata (tidak bergentel).
8.  Tuang adunan kedalam loyang dan ratakan, jika hendak letak keju parut bolehlah taburkan.
9.  Bakar selama 1 jam atau hingga keperangan/masak.

Yang pastinya kek ini memang sedap, dah gunakan butter SCS kemudian tambah pulak dengan krim keju...amaran! jangan makan selalu, ianya menggemukkan, sekali sekala tak apa....hehehe
Selamat Mencuba...
Terima kasih pada yang empunya resepi....


Selasa, 25 Disember 2012

Kek Choklat Cheese

Lama dah buat kek ni.. sorry ye Ida, Kak Long lupa nak masukkan resepi kat cni... tetiba terbaca msg lama Ida..


Bahannya :
 1 cawan serbuk coklat
 1 cawan gula pasir
 1 cawan marjerin (cairkan) atau minyak masak
 1 cawan susu cair
 1/2 cawan susu pekat
 1 1/4 cawan tepung gandum (Lkurang 128 gm)
 1 tsp kecil baking powder
 1 tsp soda bikarbonat
 3 biji telut pukul sedikit

Bahan Lapisan cheese :
 250 gm cream cheese
 100 gm coklat masakan putih
 2 biji telur
 30 gm tepung gandum

Topping:
 250 gm coklat masakan
 3 tbsp susu cair
 2 tbsp susu pekat
 1 tbsp marjerin

Cara-cara:
1.  Campurkan serbuk coklat, gula, susu cair dan marjerin/minyak masak, panaskan atas api perlahan hingga
     gula larut (jgn sampai hangus), sejukkan.
2.  Tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat - ayak.
3.  Bila adunan sejuk tuangkan susu pekat, gaul rata dan masukkan telur, gaul sebati.
4.  Masukkan adunan coklat dalam tepung yg diayak, - gaul sebati.
5.  Utk lapisan Cheese:
    - cairkan coklat putih dgn teknik double boil
    - bila dah cair angkat, dan campurkan dengan cream cheese, telur dan tepung gandum
    - pukul hingga kembang dan gebu
6.  Panaskan kukusan, sapu minyak pd loyang yangf sesuai
7.  Masukkan sedikit adunan coklat (bahagi 2 adunan coklat) dan kukus selama 15 - 20 min/ hingga masak
8.  Masukkan adunan cheese, kukus 15 - 20 min
9.  Masukkan adunan coklat atas lapisan cheese tadi, kukus 20 minit atau hingga masak, biarkan sekuk
     seketika.
10.Untuk topping, cairkan coklat masakan (double boil) masukkan semua bahan yang lain, Tuang atas kek
     dan hiaslah ikut hati....

Terima kasih pada yang menyumbang resepi, memang sedap....


Khamis, 21 Jun 2012

Apam Gula Hangus

Lama tak buat apam gula hangus ni, teringin pulak... mungkin minggu ni adalah minggu rajin nak membuat makanan kegemaran yang pernah dibuat masa remaja dulu... ingat lagi resepinya sebab dulu2 memang selalu sangat buat, tapi sekarang anak2 tak suka kuih muih macam ni so.. tak semangat nak buat, tapi tak pa esok boleh bawak opis bagi kawan2 rasa.... abis jugak nnti.. Kalau nak cuba buat resepi ni boleh silakan... senang sangat...

Bahan-bahan :

5 biji telur gd B
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula putih
2 tsp s/bicarbonat
1/2 cawan minyak masak
5 tbsp susu pekat
1 cawan  gula*
1 cawan air *

Caranya:

1. Masakkan gula hingga warna keperangan, kemudian masukkan air dan jadikan secawan.(yang bertanda*). Biarkan sejuk.
2. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang.
5. Ayak tepung bersama soda bicarbonat dan masukan dalam adunan, kemudian masukkan
    minyak masak.
    Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan susu pekat dan gula hangus yang telah sejuk.
6. Tuang dalam loyang, dan kukuslah selama l/kurang 45 minit.

Selamat Mencuba...

Selasa, 19 Jun 2012

Teguhkan Hatiku...

Bismillahhirahmanirrahim,

Ya ALLAH
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini,
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan takwa,
kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini,
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku (imanku)
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan,
Andai aku belum layak Ya ALLAH,
Maka layaklah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

Amin.

copyright@Iluvislam.com

Selasa, 15 Mei 2012

Chilled Strawberry Cheesecake


Bahan2:
  • 250 gm biskut marie
  • 100 gm butter (cairkan)
  • 250 gm cream cheese (tak kisahlah jenama apapun tapi Phildelphia  ttp sedap)
  • 70 gm gula castor
  • 10 biji buah strawberry (kisar dgn sedikit air  - supaya jadi puree strawberry)
  • 10 biji buah strawberry (potong kecil)
  • 1 1/2 dudu gelatin halal
  • 200 ml whipping cream (1 kotak kecil)
Cara:
  • Hancurkan biskut marie (blend aje)
  • Masukan dalam mentega yang telah dicairkan tadi, tekan/ratakan atas loyang, guna loyang yang boleh dibuka bawahnya supaya senang nak keluarkan bila siap nnti
  • Simpan dalam freezer supaya cepat keras/ sementara itu adun cream cheese pula.
  • Putar cream cheese dan gula castor hingga berkrim, kemudian masukan puree strawberry.
  • Dalam bekas lain putar whipping cream sampai jadi gebu kemudian campurkan kedalam crean cheese tadi dan kacau guna spatula.
  • Bancuh gelatin dengan air suam sehingga nampak jernih berkilat, masukan kedalam cream cheese tadi, gaul sehingga rata.
  • Masukan strawberry yang telah dipotong kecil tadi dan gaul rata.
  • Tuangkan cream cheese kedalam loyang biskut yang dibekukan dalam peti ais.
  • Simpan dalam peti ais 3-4 jam, hias dengan buah strawberry.... emmm dah boleh dimakan...sedap.. dan senang dibuat.
Selamat mencuba.....

Selasa, 13 Mac 2012

Choc-Cheese Orange Muffin

Jumpa resepi ni kat dalam blog..macam sedap jer, so.. cubalah buat inilah hasilnya... memang sedap dan tak berapa manis.. tima kasih pada yang empunya resepi... Akak copyright resepinya.

Choc-Cheese Orange Muffin
Bahan2 nya:-

130 gm mentega
130 gm cream cheese
4 biji telur gred A
150 gm gula halus
260 gm tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*
40 gm serbuk koko *
2 camca besar golden syrup /madu
1 biji oren parut kulitnya
50 ml jus oren (perah dari oren diatas)

CaraNya:-

1.  Ayak bahan yang bertanda *
2.  Satukan mentega, cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur. 
     Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak satu telur = 1 min. 
3.  Masukan kulit oren yang telah diparut, putar rata
4.  Pelahankan mixer masukan tepung yang telah dicampur tadi berselang seli dengan  jus pren 
     hingga habis, mesti diakhiri dengan tepung. putar sebati.
5.  kaup adunan dgn spatula untuk meratakan mana2 bahagian dlm mangkuk adunan yang tak rata.
6.  Sudukan 3/4 penuh dlm muffin cup, bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180c selama 
     l/kurang 25 min/hingga masak
7.  Sejukkan, boleh juga disapu dgn cream/hias ikut suka.

wokey..minggu ni akak rajin nak cuba resepi dalam blog kekawan... cuti sekolah kannn, anak akak pun rajin nak tolong...dan inilah hasilnya...

~AzzNeeda@copyright~

Selasa, 6 Mac 2012

Jiwanglah Pulak...

Hari ini entah hari yang keberapa aku berulang alik menghantar mr hubby ke klinik. Tetiba aku rasa macam ada sesuatu yang membuatkan aku copyright ayat2 dibawah ni kedalam blog aku... banyak masa telah aku luangkan untuk Mr Hubby, aku bukan inginkan balasan tapi cukuplah sekadar dia terus menghargai diriku... dan yang ku harapkan sekarang moga dia sembuh sepenuhnya....

Ada ketikanya insan yang kita sayang
membuatkan kita dalam teruji,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
membuatkan kita terkeliru,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
selalu membuatkan kita terluka,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
semakin membuatkan kita tertekan,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
semakin  membuatkan kita terkilan,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
membuat rasa sabar kita kian menipis,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
sering mengguris hati hingga menitis airmata,
Namun aku tetap menyayangi
Kerana dia sentiasa bertakhta di hati...
... fahamilah...

~AzzNeeda@copyright~

wiF En. HubBY
DAN
aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting
dalam hidupmu, kerana itu merupakan
permintaan yang terlalu besar bagiku...
aku hanya berharap suatu saat nanti
jika kau melihatku ...
kau akan tersenyum dan berkata
"Dialah orang yang menjaga dan selalu menyayangiku..."


Sabtu, 3 Mac 2012

Blueberry Cheesecake

Bahan2:
*  500 gm cream cheese
*  250 ml fresh@whpping cream/plain yogurt
*  3 sudu besar tepung gandum
*  2 biji telur
*  100 gm gula
*  1 sudu teh esen vanilla
*  blueberry filling utk hiasan

Base
*  70 gm butter cairkan
*  200 gm oreo cookies - hancurkan (buang cream)

Caranya:
  1. Panaskan oven 170 degree, lenser loyang dgn butter/alas dgn kertas minyak
  2. Cairkan butter dan gaulkan biskut yg telah dihancurkan tadi, tekan padat dlm loyang, simpan dlm peti sejuk.
  3. Pukul cheese cream dan gula hungga gebu, masukkan telur sebiji sebiji, fresh cream dan semua bahan dan pukul dgn mixer sampai jadi cream.
  4. Masukkan dlm loyang tadi dan bakar cara waterbath selama l/kurang 1 jam 15 min (ikut kepanasan oven masing2)
  5. Selepas 30 min/hampir masak tutup loyang dgn aluminium foil supaya permukaan atas tak hangus.
  6. Bakar lagi hingga masak. Sejukkan.
  7. Bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman.
  8. Sebelum makan bolehlah letak blueberry sause, hias ikut suka.
Resepi ni akak dapat dari blog kekawan tapi akak lupalah sapa... tima kasih sedap sangat.... tambahan pulak anak2 akak suka apa saja yang dibuat dari cheese, bahaya nih...tapi takpa sekali sekala jer...
Sorry tak sempat nak amik gambar...


Isnin, 16 Januari 2012

Birthday Amirul 16 Januari 2012


Moist Chocolate Cake

Bahannya :
3 biji telur gd A/ 4 biji telur saiz kecil
1 caw gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 caw susu pekat
1 tsp esen vanilla
1/2 caw serbuk koko
1 tbsp nescafe

1 caw twpung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1/2 caw air panas

Cara:
1.  Gris Loyang saiz 7 inci
2.  Pukul telur dan gula hingga kembang/gula hancur
3.  Masukkan minyak & susu pekat, kacau rata
4.  Masukkan serbuk koko, nescafe dan esen vanilla, kacau hingga sebati
5.  Masukkan tepung yang telah di gaul dengan serbuk penaik
6.  Akhir sekali masukkan air opanas, kacau rata.
7.  Tuang dalam loyang ndan bakar / kukus sehingga masak L/ kurang 1 jam - (175'C)
8.  Dah sejuk curahkan coklat ganache / hias ikut suka....

Topping
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko - ayak
2 tbsp butter
2 tbsp fresh milk

Cara - Masak secara double boil, hingga pekat sedikit, dan curahkan atas kek ...

Selamat Mencuba dan terima kasih pada yang empunya resepi..
Tapi yang ini buat dua adunan jadi nampak besar sikit...
Rasanya memang yummi....sedap... dan 
sesiapa yang memakannya pasti nak lagi!
                   


Selamat Hari lahir...harapan mama
moga tahun 2012 memberi kejayaan yang 
cemerlang....


   

Birth Announcements

Jumaat, 6 Januari 2012

Sayang Mak..Rindu Abah...

Teringatkan emak dan arwah abah di pagi Jumaat ini,
moga mak sihat selalu dan Al Fatihah buat arwah abah yang amat kurindui...
25/12/2011 genaplah 2 tahun arwah abah pergi dari dunia ini...

* Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...
* Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
* Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
* Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja belum selesai...

**Bila hati kita terguris, kita kata..."mak memang tak pernah faham..."
**Bila hati kita terhiris, kita kata... "ayah memang tak ambil kisah..."

TETAPI...

* Bila hati mak terguris, mak kata... "Tak apa, dia masih muda..."
* Bila hati ayah terhiris, ayah kata..."Tak mengapa, belum sampai akalnya..."

** Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki...
** Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

** Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
** Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

Maka, hargailah...dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia...

Anak yang soleh TIDAK MELUPAKAN IBUBAPA NYA dihujung doanya..
maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...


Selasa, 3 Januari 2012

Birthday Miera 23 Disember 2011


Birthday Cakes from WiddlyTinks.com







Eqa and the gang
ada ker baling tepung sambut birthday...
macam2lah...

Selamat Hari Lahir Eqa..moga  SPM tahun 2012 dapat kejayaan yang cemerlang...  Hanya inilah harapan mama untuk semua anak-anak mama. Kejayaan anak2 mama adalah hadiah yang paling berharga dalam hidup mama.... Semua dah besar dan dah boleh fikir sendiri..... Jaga pergaulan dengan kawan2, bukan semuanya kawan itu membina,  ikut mana yang baik.... Ingatlah pesanan mama selagi ada hayat mama.  Moga anak mama akan berjaya.








Birth Announcements

Rabu, 26 Oktober 2011

Apam Polka Dot

Assalamualaikum..
Tak tahu nak buat apa malam ni... macam2 resepi dah buat.. kalau boleh sumer sekali nak buat,.... tamaknya   kannn....malam ni  nak buat apam Polka dot...



Siap gak apam dot dot...  dalamnya sumernya inti coklat atas permintaan anak2... 
Resepinya buat sama cam resepi yang ada kat internet...mesti jadi punya..  Resepinya  kat cni...

Bahannyer :-
3 biji telur ayam (dr peti ais)
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150 gm susu segar/susu cair/santan
3 sudu teh baking powder
1 sdk ovalette
Filling coklat/strawberry/blueberry dll
pewarna ikut suka

Cara :-
1.  Campur sume bahan, lajukan mixer pukul hingga kembang (l/kurang 8 minit)
2.  bahagikan kepada beberapa bahagian, bubuh warna ikut suka
3.  Masuk dalam piping bag/plastik, picit dlm cawan kertas 1/2 jer..
4.  Letakan filing jem/coklat/dll dan masukan lagi dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh
5. Dot dot lah dengan warna pilihan
6. Akhir sekali kukuslah l/kurang 10-15 minit / hingga masak.

Kali keberapa ntah dah buat apam polka dot ni..memang menjadi sambutan.... tambahan kalau inti coklat memang kesukaan anak2... pas tu terima pulak tempahan dari kawan -kawan... terima kasih sumer...



Jumaat, 14 Oktober 2011

Kek Marble Cheese

Kek ni dah seminggu buat tapi tak sempat nak masukkan  dalam blog ni, tetiba jadi malas pulak.. tapi sedapnya kek ni tak sabar nak tunggu sejuk...so masa panas tu anak2 dah tak tahan dengan bau cheese nya yang semerbak...apa lagi kendurilah.



Alamak lupa masukkan resepi...

Bahan  A:
185 gm butter
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B:
250 gm cream cheesee
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 tsp vanilla

Cara:
  1. Cairkan butter kemudian campurkan serbuk koko, kacau dan biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter tadi, masukan telur sebiji sebiji, kacau sebati kemudian masukan tepung , gaul sebati dan ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain pukul cheese, gula, esen vanilla.
  4. Masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  5. Tuang adunan koko berselang seli dengan adunan cheese kedalam loyang yang telah dilenser ngan butter, sehingga habis
  6. Lorekan adunan yang dah siap ngan lidi untuk hasilkan marble.
  7. Bakar hingga masak
  8. BIar semalaman baru potong, moist sikit

Selamat mencuba....


Rabu, 12 Oktober 2011

Kek Lapis Masam Manis

Hari ni teringin nak buat Kek Lapis Masam Manis.. tak tahu kenapa minggu ni nak buat kek jer... kawan-kawan kata minggu ni hari kek sedunia..... betul kot... dan inilah hasilnya, tapi lapisnya tebal sikit, len kali buat nipis-nipis mesti cantik, apapun yang penting sekali sedappppp... Terima kasih yang punya resepi.... muahhhh luv u all..

Bahan2 Nyer:
5 biji telor
250 gm butter
1 3/4 cawan biskut crean crakers yang telah di kisar halus (Saya buat 200 gm)
1/2 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna merah, hijau atau ikut suka

CareNyer:
1.  Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil
     semasa mengukus.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur dan putar lagi.
4.  Campurkan baking powder dan putar, masukkan susu pekat  putar sampai sebati.
5.  Masukkan Cream Crakers yang siap dikisar dan esen vanilla, putar sampai sebati.
6.  Bahagikan adunan kpd dua atau tiga bahagian, warnakan ikut suka.
7.  Masukkan adunan yg tlh diwarnakan, ratakan dalam loyang bersaiz 8 in yang telah dilapis ngan
     aluminium foil, kukus hingga masak.
8.  Setelah masak cucuk beberapa lubang ngan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik
9.  Lapis ngan haw flakes dan masukkan adunan warna lain pulak, kukus hingga masak, seterusnya buat
     sampai habis.



Selasa, 11 Oktober 2011

Oreo Cheesecake

Semalam buat Kek Karemel Pelangi...tak apa kan sebab macam pelangi.. tapi resepinya tetap sama...
Nampaknya penggemar Kek Karemel ramai sangat, memang sedap terima kasih rakan-rakan blogger semua... harini nak buat lagi...seronok sangat bila dapat siapkan kek yang cantik dan sedap sangat tak puas rasanya makan biarpun dapat makan sepotong je...huhuhuuu.... janji sumer kawan2 dapat rasa keenakkannya....

Tak jadi pulak nak buat Kek Karemel, akak buat Oreo Cheesecake... nanti masak akak masukkan pic ekk....kalu jadilah, lagi 45 min ...tunggu ...

Resepi ni akak dapat dari blogger2 kat ternet ni....terima kasih...

Oreo Cheesecake
pic ni yang sempat amik...

Bahannya:
Untuk lapisan bawah -
30 keping biskut oreo (l/kurang 7.8 oz)
- buang krim tengah
- kisar halus - ayak
- 1/4 caw. butter - cairkan

Bahan Filing:
16 oz (2 caw/500 gm) Cream Cheese - lembutkan
1/2 caw gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 caw sour cream/ plain yogurt
2 biji telur - buang tali pusatnya
1 caw oreo - kisar halus

Cara :
1.    Gaul oreo kisar dengan butter cair ratakan
2.    Tekan dalam loyang yang telah di gris dan dialas
3.    Panaskan oven 180 c - saya gunakan api bawah
4.    Pukul Cream cheese, gula halus dan esen vanilla dengan kelajuan sederhana hingga sebati
5.    Masukkan Plain yogurt, pukul sebati
6.    Masukkan telur satu persatu, pukul sebati
7.    Ambil Oreo yang telah di kisar sedikit, campurkan dengan 2 sudu koko  dgn sedikit air panas,   
8.    Letak selang seli dengan cheese yang telah di kisar tadi, akak buat dot dot
9.    Atas sekali letak dot dot ikut suka
10.  Bakar steam bake selama 45 min api bawah.
11.  Lepas tu balut atas kek ngan aluminium foil, bakar selama 10 min lagi dengan api atas bawah.
12.  Sejukkan selama 4 jam...baru boleh makan...

Nyummy....nyummy...cedapnya...
terima kasih pada yang menyumbangkan resepi...

Isnin, 10 Oktober 2011

Kek Puding Karemel

Terujanya nak siapkan Kek Puding Karemel....mudahan jadi ...




Bahan A

2 sudu besar gula
~  tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan, biarkan gula bertukar menjadi perang
~  ketepikan

Bahan B
(bahagian atas keramel)

1/2 tin susu cair (boleh tambah kalau nak keramel tebal)
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur (kalau tambah susu kuning telur pun tambah)

Bahan C

140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak

Caranya
1.  Gula dan kuning telur dipukul sebati
2.  Masukkan minyak masak
3.  Satukan tepung dan baking powder
4.  Masukkan tepung dan air berselang seli

Bahan D

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu kecil krim off tartar (sudu kfc)
~  pukul putih telur sampai kembang
~  masukkan krim of tartar
~  pukul sampai kembang (buih tak jatuh)

Cara Keseluruhannya:

1.  Kacau bahan B perlahan-lahan jangan sampai berbuih nanti tak jadi karemelnya
2.  Masukkan bahan B tadi kedalam loyang gula hangus
3.  Pukul bahan C
4.  Pukul bahan D sampai kembang dan diangkat tak jatuh, campur bahan C dan D dengan senduk, gaul 
     sebati.
5.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
6.  Masuk dalam loyang berselang seli warna
7.  Bakar secara double boiler selama 1 jam dengan suhu 160 - 180c
8.  Bila masak angkat dan sejukkan, dah betul2 sejuk baru terbalikkan agar karemel tak rosak
9. Letak dalam peti ais...

Nyum...nyum...nyum..sedap
yang bestnya pertama kali buat dah jadi... thanks kawan2 yang letakkan resepi dalam blog dan myresipi... nnti buat lagi..

Ahad, 9 Oktober 2011

Jalan-Jalan Cari makan

Lama Kami tak makan Satay Kajang ...kebetulan Zura n Family dia datang umah, kami g ramai-ramai ke Kajang makan satay Hj Samuri... ajak Zizul n Fiza sekali, memang meriah dengan anak masing2.  Lepas je makan kami g bersantai kat tepi Stadium Kajang sambil tengok gelagat anak2 bermain kat taman permainan.....

Adikku...Zura n Family

My Family

Adikku....Ateh n Family

Jam sepuluh malam kami pun balik sebab esok nak keje dan anak2 nak sekolah...  Terima kasih adik2 ku Ateh, Fiza, Zura, Eman dan Ancu, serta anak2ku Amirul, Amira, Sabrina serta anak Mama Yang... Qistina, Danish, Affiey dan yang paling bongsu Haiqal....moga kita dapat kekalkan keharmonian kita sampai bila-bila... Insyaallah lain kali kita ajak Nenek dan Acik Nor sekali okey...

Affiey anak  mama Yang paling nakal, merajuk...sian dia, siap bunyi lagi tu huhhh....
kena marah sebab lari keliling padang kejar mama dia naik basikal...
Insyaallah...pasti Affiey akan jadi pelumba terpantas nanti
dan keberanian nya akan membuatkan dia sentiasa dihadapan...
Tapi harapan Mama Yang, jangan suka membuli orang lain
... mama sayang Affiey...

::: LUV U ALL :::

Sabtu, 8 Oktober 2011

Selamat Hari lahir Nur Sabrina

Raya tahun 2011 memang sungguh bermakna bagi anak bongsu ku Nur Sabrina, pada 30/08/2011 bersamaan 1 Syawal genaplah usia dia 10 tahun tapi yang sedihnya aku tak sempat nak buat kan kek untuknya sebab aku sibuk menyiapkan juadah untuk berhari raya, tambahan pulak raya tahun ni aku dan family beraya di umah mak di kampung, jadi semuanya harus aku buat....sian Rina. Tapi tak apa kan Rina, kita makan sama2 juadah hariraya walau tak ada kek..

Dan tanpa perancangan pada 2/09/2011kami sekeluarga balik Johor Bahru umah mentuaku, kebetulan hubby ku off, maka kami pun balik lah ke Johor Bahru, adik-adik iparku buat kejutan untuk Nur Sabrina sempena Hari Jadi dia...
Happy Birthday Rina...


Bersama cousin2 Aish, Nana n Kimi

Terima kasih adik-adikku..
bukan main seronok Rina bila dapat present dari Uchu Ida, Uchu Lin dan duit dari Mak Ngah dia...
Present dari Uchu Ida n Uchu Lin

Malam tu jugak adalah malam yang menyeronokkan bagi kami sekeluarga dimana Johan Raja Lawak datang bersama family dia, terperanjat familyku dengan kehadiran Johan. Kebetulan bapa mertua Johan (bapa Ozlyn isteri Johan) adalah kawan hubby aku...

Kedua Mentuaku bersana Johan  dan Ozlyn

Aku n family tak lama kat JB sebab esok nak keje...so pada 3/09/2011 kami pun balik ke KL, Insyallah cuti nanti kami balik JB semula, terima kasih adik2 ku...



Birth Announcements

Puding Roti

Assalamualaikum...
Lama sungguh aku tak update blog ini..mood aku hilang sebelum bulan Ramadhan lagi, tak taulah sampai hari ini aku rasa malas sangat padahal banyak yang patut aku muatkan dalam blog ini. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan keje2 opis dan bila balik umah sibuk pulak siapkan tempahan kuih raya dari kawan2 aku jadi malas. Tapi hari ini aku rajin pulak... Insyaallah, aku kuatkan semangat untuk terus memasukkan entry,  tapi kan... ada orang kisah aku update ke tak blog ni..


Semalam aku buat Puding roti sos kastad terlupa pulak nak amik gambar, so aku masukkan ajelah resepinya kat sini:


*  8 keping roti
    500 ml susu segar/fresh milk
(gardenia/high 5)

**4 sd besar gula halus
   2 sd besar butter (cairkan atas api)
   2 biji telur ayam
   1 sd teh esen vanilla
   1 sd besar tepung jagung

Sos
1 tin susu cair
2 sd besar gula
2 sd besar tepung kastad

CaraNyer:
- koyakkan roti n rendam 30 minit ngan susu
- kacau dan gaul rata bahan **. Tuang kedalam loyang bersama bahan * yang  
  telah direndam.
- bakar 30 min/masak dng suhu 180'C. Sejukkan n masuk dalam peti ais
- gaulkan bahan sos dan masak atas api sederhana
- Siap untuk d tuangkan atas puding tadi..
   ...nyummmm...sedap,  sesuai untuk minum petang...






Rabu, 13 Julai 2011

Kek Karot Moist

JOm follow akak buat Kek Karot Moist
akaK jUMpa resepi ni dalam blog...
akak cuba..jadi tuh..
Thanks pemilik blog Sepanjang jalan Kenangan

250 gm tepung gandum
200 gm karot d parut
200 gm / 1 caw minyak jagung
200 gm gula perang (yg halus cam gula castor)
150 gm nenas dlm tin cincang halus
70 gm kismis hitam d potong 2
70 gm walnut, bakar n cincang (kalau nak letak)
4 biji telur gred A
1 sdk sodium bicabonate
2 sdk baking powder
secubit serbuk kayu manis kalau nak letak

cAraNya :
ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
pukul gula + telur- sampai kembang
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan mixer & masukkan tepung
kaup masuk lobak merah, nenas, & kismis dan walnut (kalau nak)
bakar pada suhu 180c selama  l/kurang 1 jam
biarkan kek sejuk  n hias ikut suka

Bahan utk Cream Cheese:
250 gm crean cheese
100 gm butter
100 gm gula aising
~ pulul sume bahan hingga kembang
~ letak warna ikut  suka - hias
iNiLAh HaSiLnYA...sEdaPppp
akak taK pandai hias




SaRAwaK

Hari ini genaplah 4 hari aku di Sarawak...best jugak kat sana. Aku kesana kerana tugas yang harus dibereskan. Aku tiba di bumi kenyalang pada jam 2 petang 27/06/2011 yang mana untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Sampainya disana transpot dah tunggu, apa lagi berangkatlah aku ke Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Sesampainya aku disana bos terus mengajak aku dan kawan pergi berjalan-jalan ke Water Front, Kuching.


Di tepi Sg Sarawak tersegam indah Dewan Undangan Negeri Sarawak dan kami menyeberang Sg Sarawak menaiki bot untuk keseberang yang penuh dengan pelbagai jenis kek lapis sarawak. Tak tahu nak pilih yang mana satu semuanya sedap-sedap dan aku Kedai Kek Mira jadi pilihan kami.


Selepas itu kami seberang semula untuk balik ke Hotel Merdeka Palace, penat jugak berjalan sebab penginapan kami jauh dari Water Front tersebut. Sesampai di hotel kami bersiap-siap pulak untuk pergi makan malam di Mes Pegawai IPK Sarawak. Aduhhh..kenyang sungguh harini.. dan lepas tu kami balik semula ke hotel untuk tidur sebab esok kena bangun awal...ada tugas yang harus dilaksanakan.

Pada 28/06/2011 pagi lagi aku dah bangun tidur, kemudian breakfast seterusnya mulalah jalankan tugas aku... huhhhh ngantuknya nak tunggu jam 1 petang...kemudian masuk semula jam 2 petang hingga jam 5.30 petang baru selesai...habis tugas hari ni dan malamnya pulak aku g makan malam hotel tersebut.

Pada 29/06/2011 macam biasa bangun awal..kul 5.30 pagi dah bangun maklumlah waktu solat di sini awal setenngah jam dari waktu di Semenanjung, pukul 7 pagi dah cerah sangat.. dan macam biasa aku habiskan hariku seperti semalam. Tapi pada jam 1.30 petang kami berangkat ke kampung Budaya Sarawak, masuk aje kena bayar RM 60 tapi nasib baik aku dan kawan2 aku dapat masuk secara percuma, nak tahu kenapa...inilah untungnya kalau jadi urusetia...murah rezeki. Memang seronok kat sini...ada macam-macam rumah di Perkampungan ini... seronok tapi penat sungguh berjalan. Yang paling best bila menonton persembahan di sini...wow terpukau aku dengan kelicahan penari2 di atas pentas memperagakan persembahan semua kaum di Sarawak.

Masa begitu pantas berlalu,  hari ini 30/06/2011 jam 8 pagi aku dan kawan2 pergi sarapan laksa Sarawak, aduh sedap sangat, dan kemudian aku bersiap-siap untuk balik ke semenanjung, tak puas rasanya aku berpijak di bumu Sarawak ni, walaupun situasinya tidak sama di Semenanjung. Jam 1.55 petang kami dan deligasi berlepas dari LTAB Kuching dan jam 2.00 petang kami tiba di LCCT.

Biginilah perjalanan kami selama 4 hari di Sarawak.  Terima Kasih atas pelawaan bos untuk bertugas disana kerana tanpa tugas kami tak akan dapat naik belon secara percuma.  Insyaallah Sarawak ada duit aku akan datang lagi ngan family.

Aiskrim Coklat Oreo

Nak cuba tak buat ais krim kekawan sume...
lama tak makan ais krim...arini nak buat ais krim Coklat Oreo...senang je..ok jom cuba...nyum-nyum sedapp..n senang d buat... akak dapat resepi ni dari my resipi....tima kasih.. akak simpan resipi ni untuk masa akan datang...
inilah hasilnya....

Bahan-bahan :
 ( 1.5 liter )
~ 2 1/2 caw- susu penuh krim dutchlady perisa coklat
~ 2 1/2 caw-  krimer coffeemate nestle powder
~ 1 packet kecil - biskut Oreo

Caranya:

  1. Susu coklat dan coffeemate ke dlm blender n  blend  5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) n blend lagi hingga sebati. 
  2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku,keluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Bekukan semalaman dalam peti sejuk. Sedia. 
  4. Hidangkan. Selamat mencuba  kekawan sumer...

Ahad, 3 Julai 2011

Kenduri arwah

Lamanya aku tak update blog aku..

26/06/2011...
Hari ini aku balik ke kampung lagi untuk majlis kenduri arwah Allahyarham ayahanda Hj Maaris bin Yaakob dan allahyarham adinda Azhar bin Hj Maaris. Bulan Ramadhan hampir menjelma dan dalam pada itu aku sering teringatkan semua kenangan bersama allahyarham takkala Ramadhan menjelma.. terlalu susah untuk dilupakan. Moga roh ayahanda dan adindaku dicucuri rahmat...Aminnn..

emak n Nor
Aku kalau boleh ingin balik awal menolong emak di kampung, tapi apakan daya...keadaan tidak mengizinkan kerana anak-anakku sekolah dan hubby keje. Dahlah balik lambat balik ke KL pulak cepat, huhuuu... kesian mak dan adik ku Nor. Terima kasih Nor kerana membantu, semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan seharian Nor hendaknya.

Angah juga balik ngan anak2 dia, alhamdulillah... bahagianya kalau dapat berkumpul seperti dulu tapi keadaan masing-masing tidak mengizinkan. Ego masing-masing terlalu tinggi hingga lupa berpijak dibumi yang nyata. Doaku agar dibuka pintu hati semua untuk kembalikan keriangan keluarga ku yang hampir pupus. Aku tidak berpihak pada sesiapapun demi menjaga hati semua orang.  Sesungguhnya aku tidah boleh untuk memuaskan hati semua orang.

Isnin, 27 Jun 2011

Terhenti Di Sini

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
 
 

Ahad, 12 Jun 2011

JaLan2 CuTi SeKOlaH

Cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya, kesian anak-anak tak jalan kemana pun. kebetulan papa off so papa  buat cadangan nak jalan-jalan ke Genting Highland... pada 11 Jun, 2011 kami sekeluarga bertolak ke sana....masing-masing bukan main teruja lagi, maklumlah tak pernah sampai..

MiERa, mE, RiNA n HaZiEQ

Sampai je kat stesen cable car, belilah tiket untuk ke sana...RM 10.00 pergi dan balik tiap sorang...ingatkan tak ramai orang, rupa-rupanya beratur punyalah panjang....satu jam baru dapat naik cable car...huhuhuuuu penatnya..kalau ku tahu begini bawak kete terus ke atas pun tak apa, tapi memandangkan anak-anak tak pernah naik cable car.. so berbaloi jugaklah.

Gayat jugak naik cable car ni...pening kepala...kalau ikutkan tak nak naik tapi demi anak-anak... akhirnya kami sampai juga ke kemuncak. Banyak perubahan Genting Highland, dan tempat games outdoor  n indoor jauh jugak, dari station cable car naik bus utk ke indoor games... jauhnya aku rasa.. letih kaki ni berjalan. Nak masuk outdoor game masa terlalu singkat...rugilah bayar mahal tapi main dapat satu  jam jer...jadi kalau nak pergi sana datanglah awal2, maknanya mesti datang selepas subuh lain kali.

Jam 5 petang kami balik ke station cable car takut beratur lama sangat. Kemudian memenuhi permintaan anak-anak....kami teruskan perjalanan balik rumah di Kuala Lumpur. Apapun  yang mama dapat hanyalah keletihan demi mudahan mereka akan ingat pengorbanan papa dan mama mereka...yang mahu anak2 mereka celik tentang dunia luar... 
Rina, mE, PapA n HaZieQ


Khamis, 9 Jun 2011

mY FriEND



I'am not wealthy...
but i have a rich heart...
I'am not the best...but i try my best...
I'am not bright in everything...
But I'am sure as not wrong in
Choosing you to be my
FRIEND...

Friendship comes from the heart
Someone who accepts you for being
the person that you are...
The person who is always there
whenever you need them the most...
The person that gives you the strength...
When you feel that your strength has gone,
a Friend is someone who Loved you
just because "You are You"

You lose a best friend it's means nothing..
but if you lose Allah, you 'll  lose everything..


You will never know true happiness,
Until you have truly loved,
and you will never understand
what pain really is...
until you have lost it!


...hold a true friend and don't let go
coz true friend comes
once in a lifetime.......


Rabu, 8 Jun 2011

Bukan Diriku

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu Yang mampu memahamiku Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu Bukanlah diriku