Raya tahun 2011 memang sungguh bermakna bagi anak bongsu ku Nur Sabrina, pada 30/08/2011 bersamaan 1 Syawal genaplah usia dia 10 tahun tapi yang sedihnya aku tak sempat nak buat kan kek untuknya sebab aku sibuk menyiapkan juadah untuk berhari raya, tambahan pulak raya tahun ni aku dan family beraya di umah mak di kampung, jadi semuanya harus aku buat....sian Rina. Tapi tak apa kan Rina, kita makan sama2 juadah hariraya walau tak ada kek..
Dan tanpa perancangan pada 2/09/2011kami sekeluarga balik Johor Bahru umah mentuaku, kebetulan hubby ku off, maka kami pun balik lah ke Johor Bahru, adik-adik iparku buat kejutan untuk Nur Sabrina sempena Hari Jadi dia...
Happy Birthday Rina...
Bersama cousin2 Aish, Nana n Kimi
Terima kasih adik-adikku..
bukan main seronok Rina bila dapat present dari Uchu Ida, Uchu Lin dan duit dari Mak Ngah dia...
Present dari Uchu Ida n Uchu Lin
Malam tu jugak adalah malam yang menyeronokkan bagi kami sekeluarga dimana Johan Raja Lawak datang bersama family dia, terperanjat familyku dengan kehadiran Johan. Kebetulan bapa mertua Johan (bapa Ozlyn isteri Johan) adalah kawan hubby aku...
Kedua Mentuaku bersana Johan dan Ozlyn
Aku n family tak lama kat JB sebab esok nak keje...so pada 3/09/2011 kami pun balik ke KL, Insyallah cuti nanti kami balik JB semula, terima kasih adik2 ku...
Birth Announcements