Selasa, 1 Januari 2013

Puding Roti Karamel

Selamat Tahun baru 2013 ... moga kehadiran tahun ini akan lebih bermakna buat semua... sambil tu mehlah kita cuba-cuba buat puding ni senang jer... lagipun roti-roti yang dah nak expired tu janganlah dibuang.. gunakanlah sebaik mungkin,..cer cuba buat, pasti jadi...sedapp.. tak bubuh gula pun cuma letak 1/2 cawan susu pekat jer dalam adunan, jadi taklah manis sangat...


Bahan-bahan:
>> 1 cawan gula (jadikan gula hangus) <<
>> 4 keping roti gardenia <<
>> 3 biji telur A atau 4 biji gd B -pukul <<
>> 2 cawan air suam atau 1 caw susu cair/UHT + 1 caw air suam) <<
>> 1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis letak 1 cawan) <<
>> 1 sudu teh esen vanilla <<

Cara-cara:
1.  Buat gula hangus dahulu - masukkan gula dalam kuali, masak hingga perang, kemudian masukkan sedikit air...kacau sebati, tuang terus kedalam loyang, ketepikan.
2.  Panaskan pengukus.
3.  Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam, susu cair/UHT dan  susu pekat. Masukkan telur yang sudah di campur esen vanilla. Blend dan sebatikan.
4.  Tuang adunan kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak (l/kurang 45 min -1 jam)
5.  Selepas masak biarkan ia sejuk, kemudian baru terbalikkan.

.......Selamat Mencuba......

Butter Cheesecake


Bahan-bahan:
  >>> 250 gm tepung gandum# <<<
 >>> 1 sd kecil serbuk penaik# (# ayak 3 kali ) <<<
  >>> 6 biji telur gd B (putih & kuning asingkan) <<<
  >>> 200 gm mentega ( sy guna SCS) <<<
  >>> 135 gm krim keju ( sy guna tatura) <<<
  >>> 2 sd kecil esen vanilla <<<
 >>> 1 cawan gula kastor <<<
 >>> secubit garam <<<
 >>> keju parut utk taburan (#optional) <<<

Cara-cara :
1.  Panaskan oven suhu 160 C, sapukan loyang kek  (saiz 9 in) dengan mentega dan alaskan dengan kertas    baking didasar dan sekelilingnya, sapukan lagi  dengan mentega dan ketepikan.
2.  Putar menteg dengan keju hingga kembang dan putih, masukan 1/3 cawan gula dan putar lagi hingga     sebati dan gebu.
3.  Masukkan kuning telur satu persatu dan putar pelahan, masukkan esen vanilla. kacau sebati.
4.  Dalam bekas lain putar putih telur bersama garam hingga jadi meringue.
5.  Masukkan baki gula tadi sedikit demi sedikit, hingga kental dan bertanduk.
6.  Ambil sedikit meringue tadi dan satukan  dengan adunan mentega, kacau sebati secara kaup balik dengan     senduk kayu.. Ulangi hingga habis.
7.  Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau secara kaup balik dan tepung hendaklah digaul rata (tidak bergentel).
8.  Tuang adunan kedalam loyang dan ratakan, jika hendak letak keju parut bolehlah taburkan.
9.  Bakar selama 1 jam atau hingga keperangan/masak.

Yang pastinya kek ini memang sedap, dah gunakan butter SCS kemudian tambah pulak dengan krim keju...amaran! jangan makan selalu, ianya menggemukkan, sekali sekala tak apa....hehehe
Selamat Mencuba...
Terima kasih pada yang empunya resepi....