Selamat Tahun baru 2013 ... moga kehadiran tahun ini akan lebih bermakna buat semua... sambil tu mehlah kita cuba-cuba buat puding ni senang jer... lagipun roti-roti yang dah nak expired tu janganlah dibuang.. gunakanlah sebaik mungkin,..cer cuba buat, pasti jadi...sedapp.. tak bubuh gula pun cuma letak 1/2 cawan susu pekat jer dalam adunan, jadi taklah manis sangat...
Bahan-bahan:
>> 1 cawan gula (jadikan gula hangus) <<
>> 4 keping roti gardenia <<
>> 3 biji telur A atau 4 biji gd B -pukul <<
>> 2 cawan air suam atau 1 caw susu cair/UHT + 1 caw air suam) <<
>> 1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis letak 1 cawan) <<
>> 1 sudu teh esen vanilla <<
Cara-cara:
1. Buat gula hangus dahulu - masukkan gula dalam kuali, masak hingga perang, kemudian masukkan sedikit air...kacau sebati, tuang terus kedalam loyang, ketepikan.
2. Panaskan pengukus.
3. Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam, susu cair/UHT dan susu pekat. Masukkan telur yang sudah di campur esen vanilla. Blend dan sebatikan.
4. Tuang adunan kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak (l/kurang 45 min -1 jam)
5. Selepas masak biarkan ia sejuk, kemudian baru terbalikkan.
.......Selamat Mencuba......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan