Isnin, 30 Mei 2011

::Tart Telur::

Nak masak kuih apa pulak arini ... haa... mama nida nak buat Tart Telur pulak nak tahu camner, jom follow resepi ni :-
                                                                                                                                  Tart Telur
Bahan untuk kulit
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 buku buttercup
1 biji telur
1 camca teh garam
1/4 cawan susu cair
1 camca teh vanilla

Caranya
1)  Pukul butter ngan gula hingga kembang
2)  Masukkan telur n pukul lagi hingga sebati
3)  Masukkan vanilla, garam n tepung sedikit demi sedikit
     berselang2 ngan susu cair
4) Uli hingga menjadi segumpal doh yang lembut
5) Perap selama 1/2 jam.
lepastu....
6) Ambil adunan yang diperap tadi sebesar bola pingpong
    dan letakkan dlm tart aluminium foil, bentukkan ikut acuan.
7) Cucuk lantai pastri ngan garfu dan bakar selama 5 minit
8) Masukkan adunan kastad isi penuh n bakar lagi sampai masak.

Adunan Kastad
5 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula caster
4 cawan susu cair - suamkan dulu
2 camca teh vanilla
2 sudu mkn tepung kastad

Caranya
1)  Pukul telur n gula hingga gula hancur
2)  Masukkan susu cair suam n vanilla
3)  Tuangkan kedalam pastri tart yang di masak tadi
4)  Isi penuh n bakar hingga kekuningan
Sedap...cubalah buat...senang je...
resepi ni kawan nida yang bagi..
Tima kasih Siti...
Lepas ni Nida nak buat Cheese Tart pulak.
nak resepi tak...
byee...esok jumpa lagi.

Khamis, 26 Mei 2011

Dimana kan kucari ganti...


Tiba-tiba aku terkenang kembali, setiap hari sabtu, ring..ring..ring.. aku bagaikan terdengar deringan telefon dari orang yang amat kurindui, "Ani, tak balik ke, arinikan cuti..." terngiang2 ayat tersebut ditelingaku. "Atuk Rina nak sampai ni atuk tunggulah kat pagar rumah  tau..." begitulah rapatnya atuk dengan cucunya setiap kali menalipon. "Cucu atuk nak makan apa nnti atuk suruh nenek masakkan, gulai ayam...oklah nnti atuk sembelih ayam" begitulah setiap kali kami balik kampung. Kami dapat rasakan begitu gembiranya beliau bila kami sekeluarga balik ke kampung. Setiap kali cuti beliau akan menalipon cucunya, dan yang pastinya pada setiap hari beliau mesti menalipon cucunya Rina tak kira masa, kalau tak sempat petang beliau akan talipon pada malam selepas balik dari surau, "cucu atuk apa kabar, dah makan ke..makan apa arini...bila nak balik kampung" dan diakahiri dengan ayat "i luv u atuk..." oleh Rina.

25 Disember 2009 hari Jumaat bersamaan 8 Muharram 1431H  jam 9 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari adikku menyatakan Abah telah meninggal dunia. Bagaikan runtuh langit ini kurasakan.  Kami sekeluarga bergegas balik ke kampung dan bila kami sampai  abah dah siap dimandi dan dikapankan. Aku sempat mencium dahi abah dan kulihat wajahnya begitu tenang..."maafkan semua kesalahan Ani pada abah", aku berbisik ditelinga abah selepas itu abah di sembahyangkan dirumah sebelum dibawa ke Masjid untuk sembahyang Jumaat.

Kenapa dalam sihat abah pergi?
Tapi sebelum itu abah telah terlantar selama lebihkurang 2 minggu tak mahu makan apapun, kemudian abah sihat.  Mak kata pagi sebelum abah menghembuskan nafas terakhir, abah bersarapan pagi bersama mak dan tak sempat menghabiskan minumannya. Abah tiba2 sesak nafas dan beliau  mengatakan pada mak dah sampai masanya beliau akan pergi meninggalkan mak seorang. Tambahan hari tersebut adalah hari Jumaat dan beliau akan pergi pada hari tersebut. Abah sempat memberitahu sapa yang akan jaga mak nanti bila abah pergi, tambahan pula mak takut lipan kata abah.. kebetulan umah kampung mmg banyak lipan.... Mak telah menalipon Along dan tak lama lepas tu abah pun pergi yang tak akan kembali lagi....

Abah memory bersamamu terlalu banyak...sukar untuk dilupakan..kehilanganmu penuh dengan kenangan...Semoga Roh Abah ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman...Al-Fatihah
Dan kami redha, tabah dan pasrah atas kehilangan itu, sesungguhnya apa yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman  semata-mata... jadi kasih yang sementara inilah yang perlu kita manfaat dan nikmati sebaik mungkin...insyaallah..
 Haji Maaris bin Yaakob


Pusara Ayahanda Hj Maaris

Disinilah bersemadinya jasadmu
anakmu akan selalu merinduimu..
Al Fatihah buatmu...

Sabtu, 21 Mei 2011

::Cream Puff::

Arini jom bersama Mama Nida buat kuih krim puff... hari2 inilah keje bila balik keje, nak rasa datanglah umah atau order jer..tak banyak pun buat paling sikit 100 biji, paling banyak 400 biji buat lepas balik opis....banyak tak?  Kalau nak tahu rasanya mcmana tanyalah kawan2 mama ok.
Cream Puff

Nak buat sendiri cubalah resepi ni.

Bahan2nya:-
125 gm buttercup
300 ml air
sedikit garam
sedikit gula
170 gm tepung gandum
3 biji telur gred B atau 4 biji telur gred C

Krim Kastad
2 oz tepung kastad
3 oz gula
450 ml air
2 sudu makan susu pekat
sedikit garam

Caranya:
1) Masak air , butter, gula n garam smpai butter cair.
2) Masukkan tepung dan kacau hingga jadi doh.
3) Sejukkan doh tersebut.
4) Blender ngan telur hingga sebati.
5) Masukkan dlm acuan icing n bentukkan.
6) Bakar dlm oven l/kurang 30 min
7) Bila sejuk masukkan krim kastad yg telah dimasak.
8) Untuk Krim kastad masak sumer bahan2 kacau hingga pekat
9) Belah sikit puff yg dah sejuk tadi n masukkanlah krim kastad tadi,
    ingat...jgn biarkan krim kastad tu keras...maknanya jgn masak awal sangat.

"Selamat mencuba..."
  

Jumaat, 20 Mei 2011

PeNAtnyA

Memang arini tersangatlah sibuk...penatnya seharian buat keje.. yang tak pernah nak habis..badan pulak rasa mcm nak demam..huhuhuuu siannya aku.. sapalah nak tolong aku (buat sendiri jelah).

Tapi aku rasa seronok bila keje yang aku buat dua minggu lepas dah siap, inilah peluang nak buat keje lain...apalagi kalau bukan siapkan blog aku yang tak seberapa ni aku memang tak pandai nak buat blog yang bagus tapi aku akan usaha untuk belajar memperbaiki dari masa kesemasa...sabar Nida sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Dan aku berharap agar ada yang sudi memberi tunjukajar untuk aku terus menulis dan memperbaiki kelemahan ku.

Rabu, 18 Mei 2011

FaMilY kuSaYaNg

Pagi lagi mak telah menalipon untuk ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kahwin. Aku tak sabar untuk kesana berjumpa ngan mak dan adik2ku...jam 1.00 petang aku, hubby n anak2ku sampai di Tmn Tasik Titiwangsa..betapa gembiranya kami semua.... hilang rinduku pada emak, adik2 serta anak2 sedara ku..
ateh, adik, nida, mak n nor
Selesai aje makan kami bersantai di tepi tasik sambil melihat telatah anak2 kami semua....alangkah bahagianya kalau semua adik beradikku dapat berkumpul begini selalu..tapi keadaan menghalang... Aku rindukan suasana dahulu dimana kami selalu bersama bergurau senda. Aku lihat mak begitu ceria sekali bersama anak cucunya walaupun tak semua ada..maafkan kami mak sebab tak selalu disisi mak. Along kami tahu along memang sibuk selalu di kampung bersama keluarga along dan terima kasih along sebab selalu menjenguk emak semasa ketiadaan adik2 along semua.

Angah kami rindukan angah tapi kenapa harus jadi begini.. angah selalu menyisihkan diri dari kami..kami tak pernah lupakan angah dan tak pernah ada benci dalam hati kami pada angah. Angah sepatutnya abaikan perkara2 yang membuatkan kita semua jadi renggang, ingat lah pepatah mengatakan "air yang dicincang tak akan putus". Alang, Ateh dan adik tetap adik2 angah dunia n akhirat, cuma angah yang tak pernah menganggap sume tu....dan anak kami tetap anak sedara angah dan kami telah terapkan didalam diri anak kami supaya mengenal siapa saudara2 mereka. Justeru itu angah janganlah menyisihkan diri dari kami semua, jika kami berkumpul kami mahu angah ada bersama, lupakan sengketa antara kita semua. Memang kita tahu ada perasaan tidak puas hati tapi biarkanlah....janganlah kita pertikaikan sapa betul sapa salah dan sesungguhnya hanya Allah swt yang maha mengetahui. Andai alang, ateh dan adik ada buat silap maafkan kami.

Nor terima kasih kerana berkorban demi menjaga mak tersayang. Alang tahu Nor banyak membantu mak selepas perginya arwah abah ke rahmatullah, tinggalkan anak2 dan suami demi mak tersayang, besar sungguh pengorbanan Nor pada semua tapi alang tak minta Nor berpisah dengan keluarga nor terutama suami Nor, kalau boleh biarlah bersama hingga keakhir hayat...tapi alang tahu Nor ada sebab untuk berpisah dengan dia. Apapun yang Nor buat alang harap ianya akan menggembirakan Nor.

Akhir sekali kuberdoa agar mak yang kusayangi sihat dan ceria selalu serta seluruh keluargaku bersatu dan bahagia untuk selamanya.... Aminnn...

diEt ooo DieT

Mcm biasa..aku pagi2 lagi dah g keje.. busynya arini.. rase mcam tak cukup kaki tangan ..kalaulah aku ada magic mesti chart-chart yang aku buat akan tersusun dengan sendirinya...wow...pasti boss akan terbeliak biji mata tengok kerja aku yang dah siap dalam tempoh singkat...jam 12 tghari aku masih tak makan lagi..tapi kenapa aku tak terasa lapar..(hehehee diet tu)....kene g measure uniform..coz manalah tahu kan...kot kot keajaiban berlaku lagi..hahahaa... usah beranganlah nida! Bilalah berat badan aku nak turun ni..diet dah diet dah, tak jamah nasi pun, tapi agaknya lemak dah tepu kat badan aku ni, nak makan ubat diet buang masa, buang duit sume tak jadi... jogging memang selalu pegi tapi..takpalah kan janji aku sihat, tak ada penyakit...alhamdulillah

Kat umah hari2 aku masak utk hubby n anak2..tak makan pun, cuma jamah lauk2 yang aku masak je, itupun boleh gemuk ke...huhuhuuu sian aku... sapalah nak tolong aku selesaikan masalah aku ni....... please. Tapi kan ada yang penting lagi baju-baju lama aku boleh pakai dah maknanya kurus sikit kot! (nak senangkan ati sendiri je)

Itujelah untuk ari ni..aku nak sambung buat keje lagi..keje..keje.. ntah bila nak abis.

Rabu, 11 Mei 2011

SeLAmaT hAri LaHiR MaK

Tanggal 13 Mei 2011 adalah hari lahir mak yang
amat kusayangi. Pada tarikh ini genaplah usia mak
70 tahun..Selamat hari lahir mak..moga mak sihat selalu..
maafkan kami mak sebab tidak selalu bersama mak.
Tapi mak harus tahu ingatan kami pada mak tidak pernah pudar...
Bagi Kami, Mak dan arwah Abah adalah segalanya......
SELAMAT HARI LAHIR MAK...

Terima Kasih atas segalanya Mak..

Insyaallah Kami akan bersama mak nanti..

Isnin, 9 Mei 2011

Kajian Mengenai Bulan Kelahiran

oGoS
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah dan mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam dan teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.

oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Ahad, 8 Mei 2011

Andai ini takdir NYA untukku

 ::kadangkala Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir, kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi::


Sekadar ingatan...
Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...

Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmU

~ nida ~

Kasihnya Ibu Membawa KeSyurga...

Selamat Hari Ibu...Mak
No one could ever replace you... Luv u so much....


Bonda anakanda masih
memerlukan petunjuk,
ke jalan kebahagiaan,
dunia dan akhirat,
setia mengajar
erti kekuatan, restu dan doa
bonda iringkan,
terima kasih atas segalanya,
jasa bonda akan anakanda kenang,
kerana kau adalah Ibuku...



Buat Mak yang amat ku Sayangi..

Semoga mak sihat, dimurahkan rezeki serta dipanjangkan
 umur
Maafkan Alang mak sebab tidak bersama mak dihari ini..........
Ketahuilah mak sesungguhnya kami amat menyayangi mak
kami tahu mak kesunyian dengan pemergian abah.
Pengorbanan mak tersangatlah besar buat kami.
Terima kasih mak.

Selamat hari Ibu..

Mak, Abah n cucu2 di Danga Bay, JB

Buat Ibu Mentuaku..

Selamat Hari Ibu diucapkan, moga mak sihat selalu..
maafkan kami mak sebab tidak bersama mak dihari ini,
tapi ketahuilah mak tetap dalam ingatan kami.....
kasih sayang kami pada mak takkan pudar dari ingatan kami,

terima kasih mak...