Tiba-tiba aku terkenang kembali, setiap hari sabtu, ring..ring..ring.. aku bagaikan terdengar deringan telefon dari orang yang amat kurindui, "Ani, tak balik ke, arinikan cuti..." terngiang2 ayat tersebut ditelingaku. "Atuk Rina nak sampai ni atuk tunggulah kat pagar rumah tau..." begitulah rapatnya atuk dengan cucunya setiap kali menalipon. "Cucu atuk nak makan apa nnti atuk suruh nenek masakkan, gulai ayam...oklah nnti atuk sembelih ayam" begitulah setiap kali kami balik kampung. Kami dapat rasakan begitu gembiranya beliau bila kami sekeluarga balik ke kampung. Setiap kali cuti beliau akan menalipon cucunya, dan yang pastinya pada setiap hari beliau mesti menalipon cucunya Rina tak kira masa, kalau tak sempat petang beliau akan talipon pada malam selepas balik dari surau, "cucu atuk apa kabar, dah makan ke..makan apa arini...bila nak balik kampung" dan diakahiri dengan ayat "i luv u atuk..." oleh Rina.
25 Disember 2009 hari Jumaat bersamaan 8 Muharram 1431H jam 9 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari adikku menyatakan Abah telah meninggal dunia. Bagaikan runtuh langit ini kurasakan. Kami sekeluarga bergegas balik ke kampung dan bila kami sampai abah dah siap dimandi dan dikapankan. Aku sempat mencium dahi abah dan kulihat wajahnya begitu tenang..."maafkan semua kesalahan Ani pada abah", aku berbisik ditelinga abah selepas itu abah di sembahyangkan dirumah sebelum dibawa ke Masjid untuk sembahyang Jumaat.
Kenapa dalam sihat abah pergi?
Tapi sebelum itu abah telah terlantar selama lebihkurang 2 minggu tak mahu makan apapun, kemudian abah sihat. Mak kata pagi sebelum abah menghembuskan nafas terakhir, abah bersarapan pagi bersama mak dan tak sempat menghabiskan minumannya. Abah tiba2 sesak nafas dan beliau mengatakan pada mak dah sampai masanya beliau akan pergi meninggalkan mak seorang. Tambahan hari tersebut adalah hari Jumaat dan beliau akan pergi pada hari tersebut. Abah sempat memberitahu sapa yang akan jaga mak nanti bila abah pergi, tambahan pula mak takut lipan kata abah.. kebetulan umah kampung mmg banyak lipan.... Mak telah menalipon Along dan tak lama lepas tu abah pun pergi yang tak akan kembali lagi....
Abah memory bersamamu terlalu banyak...sukar untuk dilupakan..kehilanganmu penuh dengan kenangan...Semoga Roh Abah ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman...Al-Fatihah
Dan kami redha, tabah dan pasrah atas kehilangan itu, sesungguhnya apa yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman semata-mata... jadi kasih yang sementara inilah yang perlu kita manfaat dan nikmati sebaik mungkin...insyaallah..
Haji Maaris bin Yaakob

Pusara Ayahanda Hj Maaris
Disinilah bersemadinya jasadmu
anakmu akan selalu merinduimu..
Al Fatihah buatmu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan