Rabu, 13 Julai 2011

Kek Karot Moist

JOm follow akak buat Kek Karot Moist
akaK jUMpa resepi ni dalam blog...
akak cuba..jadi tuh..
Thanks pemilik blog Sepanjang jalan Kenangan

250 gm tepung gandum
200 gm karot d parut
200 gm / 1 caw minyak jagung
200 gm gula perang (yg halus cam gula castor)
150 gm nenas dlm tin cincang halus
70 gm kismis hitam d potong 2
70 gm walnut, bakar n cincang (kalau nak letak)
4 biji telur gred A
1 sdk sodium bicabonate
2 sdk baking powder
secubit serbuk kayu manis kalau nak letak

cAraNya :
ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
pukul gula + telur- sampai kembang
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan mixer & masukkan tepung
kaup masuk lobak merah, nenas, & kismis dan walnut (kalau nak)
bakar pada suhu 180c selama  l/kurang 1 jam
biarkan kek sejuk  n hias ikut suka

Bahan utk Cream Cheese:
250 gm crean cheese
100 gm butter
100 gm gula aising
~ pulul sume bahan hingga kembang
~ letak warna ikut  suka - hias
iNiLAh HaSiLnYA...sEdaPppp
akak taK pandai hias




SaRAwaK

Hari ini genaplah 4 hari aku di Sarawak...best jugak kat sana. Aku kesana kerana tugas yang harus dibereskan. Aku tiba di bumi kenyalang pada jam 2 petang 27/06/2011 yang mana untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Sampainya disana transpot dah tunggu, apa lagi berangkatlah aku ke Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Sesampainya aku disana bos terus mengajak aku dan kawan pergi berjalan-jalan ke Water Front, Kuching.


Di tepi Sg Sarawak tersegam indah Dewan Undangan Negeri Sarawak dan kami menyeberang Sg Sarawak menaiki bot untuk keseberang yang penuh dengan pelbagai jenis kek lapis sarawak. Tak tahu nak pilih yang mana satu semuanya sedap-sedap dan aku Kedai Kek Mira jadi pilihan kami.


Selepas itu kami seberang semula untuk balik ke Hotel Merdeka Palace, penat jugak berjalan sebab penginapan kami jauh dari Water Front tersebut. Sesampai di hotel kami bersiap-siap pulak untuk pergi makan malam di Mes Pegawai IPK Sarawak. Aduhhh..kenyang sungguh harini.. dan lepas tu kami balik semula ke hotel untuk tidur sebab esok kena bangun awal...ada tugas yang harus dilaksanakan.

Pada 28/06/2011 pagi lagi aku dah bangun tidur, kemudian breakfast seterusnya mulalah jalankan tugas aku... huhhhh ngantuknya nak tunggu jam 1 petang...kemudian masuk semula jam 2 petang hingga jam 5.30 petang baru selesai...habis tugas hari ni dan malamnya pulak aku g makan malam hotel tersebut.

Pada 29/06/2011 macam biasa bangun awal..kul 5.30 pagi dah bangun maklumlah waktu solat di sini awal setenngah jam dari waktu di Semenanjung, pukul 7 pagi dah cerah sangat.. dan macam biasa aku habiskan hariku seperti semalam. Tapi pada jam 1.30 petang kami berangkat ke kampung Budaya Sarawak, masuk aje kena bayar RM 60 tapi nasib baik aku dan kawan2 aku dapat masuk secara percuma, nak tahu kenapa...inilah untungnya kalau jadi urusetia...murah rezeki. Memang seronok kat sini...ada macam-macam rumah di Perkampungan ini... seronok tapi penat sungguh berjalan. Yang paling best bila menonton persembahan di sini...wow terpukau aku dengan kelicahan penari2 di atas pentas memperagakan persembahan semua kaum di Sarawak.

Masa begitu pantas berlalu,  hari ini 30/06/2011 jam 8 pagi aku dan kawan2 pergi sarapan laksa Sarawak, aduh sedap sangat, dan kemudian aku bersiap-siap untuk balik ke semenanjung, tak puas rasanya aku berpijak di bumu Sarawak ni, walaupun situasinya tidak sama di Semenanjung. Jam 1.55 petang kami dan deligasi berlepas dari LTAB Kuching dan jam 2.00 petang kami tiba di LCCT.

Biginilah perjalanan kami selama 4 hari di Sarawak.  Terima Kasih atas pelawaan bos untuk bertugas disana kerana tanpa tugas kami tak akan dapat naik belon secara percuma.  Insyaallah Sarawak ada duit aku akan datang lagi ngan family.

Aiskrim Coklat Oreo

Nak cuba tak buat ais krim kekawan sume...
lama tak makan ais krim...arini nak buat ais krim Coklat Oreo...senang je..ok jom cuba...nyum-nyum sedapp..n senang d buat... akak dapat resepi ni dari my resipi....tima kasih.. akak simpan resipi ni untuk masa akan datang...
inilah hasilnya....

Bahan-bahan :
 ( 1.5 liter )
~ 2 1/2 caw- susu penuh krim dutchlady perisa coklat
~ 2 1/2 caw-  krimer coffeemate nestle powder
~ 1 packet kecil - biskut Oreo

Caranya:

  1. Susu coklat dan coffeemate ke dlm blender n  blend  5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) n blend lagi hingga sebati. 
  2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku,keluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Bekukan semalaman dalam peti sejuk. Sedia. 
  4. Hidangkan. Selamat mencuba  kekawan sumer...

Ahad, 3 Julai 2011

Kenduri arwah

Lamanya aku tak update blog aku..

26/06/2011...
Hari ini aku balik ke kampung lagi untuk majlis kenduri arwah Allahyarham ayahanda Hj Maaris bin Yaakob dan allahyarham adinda Azhar bin Hj Maaris. Bulan Ramadhan hampir menjelma dan dalam pada itu aku sering teringatkan semua kenangan bersama allahyarham takkala Ramadhan menjelma.. terlalu susah untuk dilupakan. Moga roh ayahanda dan adindaku dicucuri rahmat...Aminnn..

emak n Nor
Aku kalau boleh ingin balik awal menolong emak di kampung, tapi apakan daya...keadaan tidak mengizinkan kerana anak-anakku sekolah dan hubby keje. Dahlah balik lambat balik ke KL pulak cepat, huhuuu... kesian mak dan adik ku Nor. Terima kasih Nor kerana membantu, semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan seharian Nor hendaknya.

Angah juga balik ngan anak2 dia, alhamdulillah... bahagianya kalau dapat berkumpul seperti dulu tapi keadaan masing-masing tidak mengizinkan. Ego masing-masing terlalu tinggi hingga lupa berpijak dibumi yang nyata. Doaku agar dibuka pintu hati semua untuk kembalikan keriangan keluarga ku yang hampir pupus. Aku tidak berpihak pada sesiapapun demi menjaga hati semua orang.  Sesungguhnya aku tidah boleh untuk memuaskan hati semua orang.