Hari ini genaplah 4 hari aku di Sarawak...best jugak kat sana. Aku kesana kerana tugas yang harus dibereskan. Aku tiba di bumi kenyalang pada jam 2 petang 27/06/2011 yang mana untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Sampainya disana transpot dah tunggu, apa lagi berangkatlah aku ke Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Sesampainya aku disana bos terus mengajak aku dan kawan pergi berjalan-jalan ke Water Front, Kuching.
Di tepi Sg Sarawak tersegam indah Dewan Undangan Negeri Sarawak dan kami menyeberang Sg Sarawak menaiki bot untuk keseberang yang penuh dengan pelbagai jenis kek lapis sarawak. Tak tahu nak pilih yang mana satu semuanya sedap-sedap dan aku Kedai Kek Mira jadi pilihan kami.
Selepas itu kami seberang semula untuk balik ke Hotel Merdeka Palace, penat jugak berjalan sebab penginapan kami jauh dari Water Front tersebut. Sesampai di hotel kami bersiap-siap pulak untuk pergi makan malam di Mes Pegawai IPK Sarawak. Aduhhh..kenyang sungguh harini.. dan lepas tu kami balik semula ke hotel untuk tidur sebab esok kena bangun awal...ada tugas yang harus dilaksanakan.
Pada 28/06/2011 pagi lagi aku dah bangun tidur, kemudian breakfast seterusnya mulalah jalankan tugas aku... huhhhh ngantuknya nak tunggu jam 1 petang...kemudian masuk semula jam 2 petang hingga jam 5.30 petang baru selesai...habis tugas hari ni dan malamnya pulak aku g makan malam hotel tersebut.
Pada 29/06/2011 macam biasa bangun awal..kul 5.30 pagi dah bangun maklumlah waktu solat di sini awal setenngah jam dari waktu di Semenanjung, pukul 7 pagi dah cerah sangat.. dan macam biasa aku habiskan hariku seperti semalam. Tapi pada jam 1.30 petang kami berangkat ke kampung Budaya Sarawak, masuk aje kena bayar RM 60 tapi nasib baik aku dan kawan2 aku dapat masuk secara percuma, nak tahu kenapa...inilah untungnya kalau jadi urusetia...murah rezeki. Memang seronok kat sini...ada macam-macam rumah di Perkampungan ini... seronok tapi penat sungguh berjalan. Yang paling best bila menonton persembahan di sini...wow terpukau aku dengan kelicahan penari2 di atas pentas memperagakan persembahan semua kaum di Sarawak.
Masa begitu pantas berlalu, hari ini 30/06/2011 jam 8 pagi aku dan kawan2 pergi sarapan laksa Sarawak, aduh sedap sangat, dan kemudian aku bersiap-siap untuk balik ke semenanjung, tak puas rasanya aku berpijak di bumu Sarawak ni, walaupun situasinya tidak sama di Semenanjung. Jam 1.55 petang kami dan deligasi berlepas dari LTAB Kuching dan jam 2.00 petang kami tiba di LCCT.
Biginilah perjalanan kami selama 4 hari di Sarawak. Terima Kasih atas pelawaan bos untuk bertugas disana kerana tanpa tugas kami tak akan dapat naik belon secara percuma. Insyaallah Sarawak ada duit aku akan datang lagi ngan family.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan