Ahad, 3 Julai 2011

Kenduri arwah

Lamanya aku tak update blog aku..

26/06/2011...
Hari ini aku balik ke kampung lagi untuk majlis kenduri arwah Allahyarham ayahanda Hj Maaris bin Yaakob dan allahyarham adinda Azhar bin Hj Maaris. Bulan Ramadhan hampir menjelma dan dalam pada itu aku sering teringatkan semua kenangan bersama allahyarham takkala Ramadhan menjelma.. terlalu susah untuk dilupakan. Moga roh ayahanda dan adindaku dicucuri rahmat...Aminnn..

emak n Nor
Aku kalau boleh ingin balik awal menolong emak di kampung, tapi apakan daya...keadaan tidak mengizinkan kerana anak-anakku sekolah dan hubby keje. Dahlah balik lambat balik ke KL pulak cepat, huhuuu... kesian mak dan adik ku Nor. Terima kasih Nor kerana membantu, semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan seharian Nor hendaknya.

Angah juga balik ngan anak2 dia, alhamdulillah... bahagianya kalau dapat berkumpul seperti dulu tapi keadaan masing-masing tidak mengizinkan. Ego masing-masing terlalu tinggi hingga lupa berpijak dibumi yang nyata. Doaku agar dibuka pintu hati semua untuk kembalikan keriangan keluarga ku yang hampir pupus. Aku tidak berpihak pada sesiapapun demi menjaga hati semua orang.  Sesungguhnya aku tidah boleh untuk memuaskan hati semua orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan