Rabu, 12 Oktober 2011

Kek Lapis Masam Manis

Hari ni teringin nak buat Kek Lapis Masam Manis.. tak tahu kenapa minggu ni nak buat kek jer... kawan-kawan kata minggu ni hari kek sedunia..... betul kot... dan inilah hasilnya, tapi lapisnya tebal sikit, len kali buat nipis-nipis mesti cantik, apapun yang penting sekali sedappppp... Terima kasih yang punya resepi.... muahhhh luv u all..

Bahan2 Nyer:
5 biji telor
250 gm butter
1 3/4 cawan biskut crean crakers yang telah di kisar halus (Saya buat 200 gm)
1/2 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna merah, hijau atau ikut suka

CareNyer:
1.  Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil
     semasa mengukus.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur dan putar lagi.
4.  Campurkan baking powder dan putar, masukkan susu pekat  putar sampai sebati.
5.  Masukkan Cream Crakers yang siap dikisar dan esen vanilla, putar sampai sebati.
6.  Bahagikan adunan kpd dua atau tiga bahagian, warnakan ikut suka.
7.  Masukkan adunan yg tlh diwarnakan, ratakan dalam loyang bersaiz 8 in yang telah dilapis ngan
     aluminium foil, kukus hingga masak.
8.  Setelah masak cucuk beberapa lubang ngan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik
9.  Lapis ngan haw flakes dan masukkan adunan warna lain pulak, kukus hingga masak, seterusnya buat
     sampai habis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan