Jumaat, 14 Oktober 2011

Kek Marble Cheese

Kek ni dah seminggu buat tapi tak sempat nak masukkan  dalam blog ni, tetiba jadi malas pulak.. tapi sedapnya kek ni tak sabar nak tunggu sejuk...so masa panas tu anak2 dah tak tahan dengan bau cheese nya yang semerbak...apa lagi kendurilah.



Alamak lupa masukkan resepi...

Bahan  A:
185 gm butter
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B:
250 gm cream cheesee
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 tsp vanilla

Cara:
  1. Cairkan butter kemudian campurkan serbuk koko, kacau dan biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter tadi, masukan telur sebiji sebiji, kacau sebati kemudian masukan tepung , gaul sebati dan ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain pukul cheese, gula, esen vanilla.
  4. Masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  5. Tuang adunan koko berselang seli dengan adunan cheese kedalam loyang yang telah dilenser ngan butter, sehingga habis
  6. Lorekan adunan yang dah siap ngan lidi untuk hasilkan marble.
  7. Bakar hingga masak
  8. BIar semalaman baru potong, moist sikit

Selamat mencuba....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan