Selasa, 25 Disember 2012

Kek Choklat Cheese

Lama dah buat kek ni.. sorry ye Ida, Kak Long lupa nak masukkan resepi kat cni... tetiba terbaca msg lama Ida..


Bahannya :
 1 cawan serbuk coklat
 1 cawan gula pasir
 1 cawan marjerin (cairkan) atau minyak masak
 1 cawan susu cair
 1/2 cawan susu pekat
 1 1/4 cawan tepung gandum (Lkurang 128 gm)
 1 tsp kecil baking powder
 1 tsp soda bikarbonat
 3 biji telut pukul sedikit

Bahan Lapisan cheese :
 250 gm cream cheese
 100 gm coklat masakan putih
 2 biji telur
 30 gm tepung gandum

Topping:
 250 gm coklat masakan
 3 tbsp susu cair
 2 tbsp susu pekat
 1 tbsp marjerin

Cara-cara:
1.  Campurkan serbuk coklat, gula, susu cair dan marjerin/minyak masak, panaskan atas api perlahan hingga
     gula larut (jgn sampai hangus), sejukkan.
2.  Tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat - ayak.
3.  Bila adunan sejuk tuangkan susu pekat, gaul rata dan masukkan telur, gaul sebati.
4.  Masukkan adunan coklat dalam tepung yg diayak, - gaul sebati.
5.  Utk lapisan Cheese:
    - cairkan coklat putih dgn teknik double boil
    - bila dah cair angkat, dan campurkan dengan cream cheese, telur dan tepung gandum
    - pukul hingga kembang dan gebu
6.  Panaskan kukusan, sapu minyak pd loyang yangf sesuai
7.  Masukkan sedikit adunan coklat (bahagi 2 adunan coklat) dan kukus selama 15 - 20 min/ hingga masak
8.  Masukkan adunan cheese, kukus 15 - 20 min
9.  Masukkan adunan coklat atas lapisan cheese tadi, kukus 20 minit atau hingga masak, biarkan sekuk
     seketika.
10.Untuk topping, cairkan coklat masakan (double boil) masukkan semua bahan yang lain, Tuang atas kek
     dan hiaslah ikut hati....

Terima kasih pada yang menyumbang resepi, memang sedap....


Khamis, 21 Jun 2012

Apam Gula Hangus

Lama tak buat apam gula hangus ni, teringin pulak... mungkin minggu ni adalah minggu rajin nak membuat makanan kegemaran yang pernah dibuat masa remaja dulu... ingat lagi resepinya sebab dulu2 memang selalu sangat buat, tapi sekarang anak2 tak suka kuih muih macam ni so.. tak semangat nak buat, tapi tak pa esok boleh bawak opis bagi kawan2 rasa.... abis jugak nnti.. Kalau nak cuba buat resepi ni boleh silakan... senang sangat...

Bahan-bahan :

5 biji telur gd B
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula putih
2 tsp s/bicarbonat
1/2 cawan minyak masak
5 tbsp susu pekat
1 cawan  gula*
1 cawan air *

Caranya:

1. Masakkan gula hingga warna keperangan, kemudian masukkan air dan jadikan secawan.(yang bertanda*). Biarkan sejuk.
2. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang.
5. Ayak tepung bersama soda bicarbonat dan masukan dalam adunan, kemudian masukkan
    minyak masak.
    Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan susu pekat dan gula hangus yang telah sejuk.
6. Tuang dalam loyang, dan kukuslah selama l/kurang 45 minit.

Selamat Mencuba...

Selasa, 19 Jun 2012

Teguhkan Hatiku...

Bismillahhirahmanirrahim,

Ya ALLAH
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini,
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan takwa,
kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini,
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku (imanku)
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan,
Andai aku belum layak Ya ALLAH,
Maka layaklah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

Amin.

copyright@Iluvislam.com

Selasa, 15 Mei 2012

Chilled Strawberry Cheesecake


Bahan2:
  • 250 gm biskut marie
  • 100 gm butter (cairkan)
  • 250 gm cream cheese (tak kisahlah jenama apapun tapi Phildelphia  ttp sedap)
  • 70 gm gula castor
  • 10 biji buah strawberry (kisar dgn sedikit air  - supaya jadi puree strawberry)
  • 10 biji buah strawberry (potong kecil)
  • 1 1/2 dudu gelatin halal
  • 200 ml whipping cream (1 kotak kecil)
Cara:
  • Hancurkan biskut marie (blend aje)
  • Masukan dalam mentega yang telah dicairkan tadi, tekan/ratakan atas loyang, guna loyang yang boleh dibuka bawahnya supaya senang nak keluarkan bila siap nnti
  • Simpan dalam freezer supaya cepat keras/ sementara itu adun cream cheese pula.
  • Putar cream cheese dan gula castor hingga berkrim, kemudian masukan puree strawberry.
  • Dalam bekas lain putar whipping cream sampai jadi gebu kemudian campurkan kedalam crean cheese tadi dan kacau guna spatula.
  • Bancuh gelatin dengan air suam sehingga nampak jernih berkilat, masukan kedalam cream cheese tadi, gaul sehingga rata.
  • Masukan strawberry yang telah dipotong kecil tadi dan gaul rata.
  • Tuangkan cream cheese kedalam loyang biskut yang dibekukan dalam peti ais.
  • Simpan dalam peti ais 3-4 jam, hias dengan buah strawberry.... emmm dah boleh dimakan...sedap.. dan senang dibuat.
Selamat mencuba.....

Selasa, 13 Mac 2012

Choc-Cheese Orange Muffin

Jumpa resepi ni kat dalam blog..macam sedap jer, so.. cubalah buat inilah hasilnya... memang sedap dan tak berapa manis.. tima kasih pada yang empunya resepi... Akak copyright resepinya.

Choc-Cheese Orange Muffin
Bahan2 nya:-

130 gm mentega
130 gm cream cheese
4 biji telur gred A
150 gm gula halus
260 gm tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*
40 gm serbuk koko *
2 camca besar golden syrup /madu
1 biji oren parut kulitnya
50 ml jus oren (perah dari oren diatas)

CaraNya:-

1.  Ayak bahan yang bertanda *
2.  Satukan mentega, cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur. 
     Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak satu telur = 1 min. 
3.  Masukan kulit oren yang telah diparut, putar rata
4.  Pelahankan mixer masukan tepung yang telah dicampur tadi berselang seli dengan  jus pren 
     hingga habis, mesti diakhiri dengan tepung. putar sebati.
5.  kaup adunan dgn spatula untuk meratakan mana2 bahagian dlm mangkuk adunan yang tak rata.
6.  Sudukan 3/4 penuh dlm muffin cup, bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180c selama 
     l/kurang 25 min/hingga masak
7.  Sejukkan, boleh juga disapu dgn cream/hias ikut suka.

wokey..minggu ni akak rajin nak cuba resepi dalam blog kekawan... cuti sekolah kannn, anak akak pun rajin nak tolong...dan inilah hasilnya...

~AzzNeeda@copyright~

Selasa, 6 Mac 2012

Jiwanglah Pulak...

Hari ini entah hari yang keberapa aku berulang alik menghantar mr hubby ke klinik. Tetiba aku rasa macam ada sesuatu yang membuatkan aku copyright ayat2 dibawah ni kedalam blog aku... banyak masa telah aku luangkan untuk Mr Hubby, aku bukan inginkan balasan tapi cukuplah sekadar dia terus menghargai diriku... dan yang ku harapkan sekarang moga dia sembuh sepenuhnya....

Ada ketikanya insan yang kita sayang
membuatkan kita dalam teruji,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
membuatkan kita terkeliru,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
selalu membuatkan kita terluka,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
semakin membuatkan kita tertekan,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
semakin  membuatkan kita terkilan,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
membuat rasa sabar kita kian menipis,
Ada ketikanya insan yang kita sayang
sering mengguris hati hingga menitis airmata,
Namun aku tetap menyayangi
Kerana dia sentiasa bertakhta di hati...
... fahamilah...

~AzzNeeda@copyright~

wiF En. HubBY
DAN
aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting
dalam hidupmu, kerana itu merupakan
permintaan yang terlalu besar bagiku...
aku hanya berharap suatu saat nanti
jika kau melihatku ...
kau akan tersenyum dan berkata
"Dialah orang yang menjaga dan selalu menyayangiku..."


Sabtu, 3 Mac 2012

Blueberry Cheesecake

Bahan2:
*  500 gm cream cheese
*  250 ml fresh@whpping cream/plain yogurt
*  3 sudu besar tepung gandum
*  2 biji telur
*  100 gm gula
*  1 sudu teh esen vanilla
*  blueberry filling utk hiasan

Base
*  70 gm butter cairkan
*  200 gm oreo cookies - hancurkan (buang cream)

Caranya:
  1. Panaskan oven 170 degree, lenser loyang dgn butter/alas dgn kertas minyak
  2. Cairkan butter dan gaulkan biskut yg telah dihancurkan tadi, tekan padat dlm loyang, simpan dlm peti sejuk.
  3. Pukul cheese cream dan gula hungga gebu, masukkan telur sebiji sebiji, fresh cream dan semua bahan dan pukul dgn mixer sampai jadi cream.
  4. Masukkan dlm loyang tadi dan bakar cara waterbath selama l/kurang 1 jam 15 min (ikut kepanasan oven masing2)
  5. Selepas 30 min/hampir masak tutup loyang dgn aluminium foil supaya permukaan atas tak hangus.
  6. Bakar lagi hingga masak. Sejukkan.
  7. Bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman.
  8. Sebelum makan bolehlah letak blueberry sause, hias ikut suka.
Resepi ni akak dapat dari blog kekawan tapi akak lupalah sapa... tima kasih sedap sangat.... tambahan pulak anak2 akak suka apa saja yang dibuat dari cheese, bahaya nih...tapi takpa sekali sekala jer...
Sorry tak sempat nak amik gambar...


Isnin, 16 Januari 2012

Birthday Amirul 16 Januari 2012


Moist Chocolate Cake

Bahannya :
3 biji telur gd A/ 4 biji telur saiz kecil
1 caw gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 caw susu pekat
1 tsp esen vanilla
1/2 caw serbuk koko
1 tbsp nescafe

1 caw twpung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1/2 caw air panas

Cara:
1.  Gris Loyang saiz 7 inci
2.  Pukul telur dan gula hingga kembang/gula hancur
3.  Masukkan minyak & susu pekat, kacau rata
4.  Masukkan serbuk koko, nescafe dan esen vanilla, kacau hingga sebati
5.  Masukkan tepung yang telah di gaul dengan serbuk penaik
6.  Akhir sekali masukkan air opanas, kacau rata.
7.  Tuang dalam loyang ndan bakar / kukus sehingga masak L/ kurang 1 jam - (175'C)
8.  Dah sejuk curahkan coklat ganache / hias ikut suka....

Topping
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko - ayak
2 tbsp butter
2 tbsp fresh milk

Cara - Masak secara double boil, hingga pekat sedikit, dan curahkan atas kek ...

Selamat Mencuba dan terima kasih pada yang empunya resepi..
Tapi yang ini buat dua adunan jadi nampak besar sikit...
Rasanya memang yummi....sedap... dan 
sesiapa yang memakannya pasti nak lagi!
                   


Selamat Hari lahir...harapan mama
moga tahun 2012 memberi kejayaan yang 
cemerlang....


   

Birth Announcements

Jumaat, 6 Januari 2012

Sayang Mak..Rindu Abah...

Teringatkan emak dan arwah abah di pagi Jumaat ini,
moga mak sihat selalu dan Al Fatihah buat arwah abah yang amat kurindui...
25/12/2011 genaplah 2 tahun arwah abah pergi dari dunia ini...

* Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...
* Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
* Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
* Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja belum selesai...

**Bila hati kita terguris, kita kata..."mak memang tak pernah faham..."
**Bila hati kita terhiris, kita kata... "ayah memang tak ambil kisah..."

TETAPI...

* Bila hati mak terguris, mak kata... "Tak apa, dia masih muda..."
* Bila hati ayah terhiris, ayah kata..."Tak mengapa, belum sampai akalnya..."

** Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki...
** Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

** Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
** Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

Maka, hargailah...dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia...

Anak yang soleh TIDAK MELUPAKAN IBUBAPA NYA dihujung doanya..
maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...


Selasa, 3 Januari 2012

Birthday Miera 23 Disember 2011


Birthday Cakes from WiddlyTinks.com







Eqa and the gang
ada ker baling tepung sambut birthday...
macam2lah...

Selamat Hari Lahir Eqa..moga  SPM tahun 2012 dapat kejayaan yang cemerlang...  Hanya inilah harapan mama untuk semua anak-anak mama. Kejayaan anak2 mama adalah hadiah yang paling berharga dalam hidup mama.... Semua dah besar dan dah boleh fikir sendiri..... Jaga pergaulan dengan kawan2, bukan semuanya kawan itu membina,  ikut mana yang baik.... Ingatlah pesanan mama selagi ada hayat mama.  Moga anak mama akan berjaya.








Birth Announcements